0 comments

Info SMK Jengka Pusat 2

Info SMK Jengka Pusat 2

Pintu Masuk ke SMK Jengka Pusat 2



Pengetua / Guru Besar Pn Hjh Ramlah Binti Mat Diah
GPK 1 En Ismail Bin Abas
GPK HEM En Abd Latif Bin Mat Ali
GPK Ko En Mohamad Asri Bin Musa
GPK Petang Tiada
GPM Pn Wan Nasarida Binti Wan Abdullah
GPB Pn Kartina Binti Ibrahim
Guru Pusat Akses Pn Kartina Binti Ibrahim
*Juruteknik Komputer Cik Tun Nazlia Binti Abd Rashid
No Telefon 09-4663168
No Faks 09-4664658
Gred Sekolah A
Lokasi Luar Bandar
Jarak ke JPN 158 km
Jarak ke PPD 55 km
Jarak ke BTPN 158 km
Jarak ke PKG 5 km
Bilangan Guru 51
Bilangan Murid / Pelajar 564


read more
0 comments

Kalender Persekolahan 2012,

Kalender Persekolahan 2012, Perincian Persekolahan Mengikut Penggal 

Gambar Atas; Persekitaran SMKJP2

 Gambar Hiasan: Pengetua SMKJP2, bersama para pelajarnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Surat Siaran KPM Bil 3.2011, KLIK DI SINI


Perincian Persekolahan Mengikut Penggal



Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya




Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)

Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)

Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)

Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)



Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu





Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)

Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)

Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)

Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)
read more
0 comments

Tahniah Kepada YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad

Tahniah Kepada YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad,

Pelantikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian



YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad

 
Sebagaimana yang kitaketahui, YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad, mantan Pengarah Pelajaran Pahang, kini telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.


YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 21 Oktober 2011.

Kami, seluruh warga SMK Jengka Pusat 2, Lintasan Semarak, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan   YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad.  

Kami mendoakan YH Dato beroleh kesejahteraan. 
read more
0 comments

Peperiksaan Percubaan SPM 2011, Negeri Pahang

Peperiksaan Percubaan SPM 2011, Negeri Pahang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Jengka Pusat2, diucapkan  selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2011, Negeri Pahang.

Jadual Percubaan SPM 2011, Negeri Pahang,

http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa/muat-turun-jadual-peperiksaan-percubaan-spm-pahang-2011.html

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2011, Perubahan melibatkan jadual 13 & 14 September yang melibatkan kertas PRINSIP AKAUN 1 & SCIENCE 1 sahaja.
http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa/perubahan-jadual-percubaan-spm-2011.html
read more
0 comments

Gambar Majlis Khatam Quran SMKJP2, Ramadhan 1432 Hijrah

Gambar Majlis Khatam Quran SMKJP2, 
26 Ramadhan 1432 Hijrah

 Barisan pelajar Tingkatan 5 yang mengambil bahagian dalam Khatam Al Quran.

Ustaz Asri memimpin majlis Khatam Al Quran pada 26 Ramadhan 1432 Hijrah.

  Barisan Pentadbir SMKJP2 turut khusuk mendengar bacaan Al Quran yang dialunkan oleh pelajar Tingkatan 5.


Sumbangan Aidilfitri oleh Pengetua SMKJP2 Dan Badan Kebajikan Pelajar turut disampaikan, 
pada majlis tersebut.
read more
0 comments

Peristiwa Sambutan Bulan Ogos 2011

Peristiwa Sambutan Bulan Ogos 2011




1) Salam Ramadhan Al-Mubarak, 1-29 Ogos 2011 bersamaan 1-29 Ramadhan 1432H.
   Aktiviti oleh SMK Jengka Pusat 2, Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Program Ihya Ramadhan, Tadarus Al Quran, guru dan pelajar, klik di sini.

2) Salam Nuzul Al-Quran, 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H. Artikel berkaitan Nuzul Quran, klik di sini. 

3) Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, 30 & 31 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H.

4) Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke – 54, 31 Ogos 2011.

 Tema Hari Kebangsaan 2011 :  ’1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ‘ .
read more
0 comments

Peperiksaan Percubaan PMR 2011

Peperiksaan Percubaan PMR 2011




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. InshaAllah esok, Isnin, 16/8/2011 akan bermula Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di SMK Jengka Pusat 2.

Semoga para pelajar dapat menghadapi peperiksaan percubaan tersebut dengan tenang dan bersedia sepenuhnya.


Ketika menghadapi peperiksaan ini, anda seharusnya sudah bersiap sedia. Lupakan seketika segala masalah yang membelenggu anda. Lupakan juga maslah yang wujud di facebook anda,  aktiviti luar lain dan segala perkara yang boleh menserabutkan otak, lupakanlah saja.

sebaliknya, fikirkan masa depan yang lebih baik yang ingin anda tempa, dengan melakar kejayaan dalam peperiksaan awam.

Di bawah ini saya sertakan sedikit doa untuk menghadapi peperiksaan:

Doa mohon Kecergasan

Doa Sebelum Masuk Peperiksaan




(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa Apabila terlupa Semasa Manjawab Soalan



(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Untuk tip dan petua menghadapi peperiksaan anda boleh layari http://www.cikgukaunseling.com/search/label/peperiksaan

Sekian, wassalam.


read more

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi SMK Jengka Pusat 2, Maran, Pahang. SMK JENGKA PUSAT 2 Dan Pengendali Web Blog SMK Jengka Pusat 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .